BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 28 Mei 2011

manusiakah kita??

aku melayari internet, membaca akhbar, menonton televisyen, mendengar radio, satu berita yang tidak pernah surut ialah MASALAH PEMBUANGAN BAYI??

manusiakah kita melihat bayi-bayi yang baru dilahirkan dibuang bagai sampah yang busuk, manusiakah kita melihat bayi yang masih bertali pusat dikerumuni binatang, dihumban ke dalam sungai dan dilempar bersama-sama sampah yang berbau...
apakah nasib anak bayi itu sekiranya dia diberi umur yang panjang melihat kehidupan ini, siapa ynag ingin membeli nasibnya?? dengan siapakah dia akan di 'binti'kan??

Adakah bayi malang itu dianggap hasil penzinaan, dikandung tanpa dirancang, dan tidak dikehendaki oleh ibu serta tanpa pembelaan daripada bapa yang sanggup melindungi lalu kemudian dibiarkan atau dibuang untuk menutup aib dan malu, lalu kematian mereka tidak harus dibela? Bagi setiap wanita yang melahirkan anak, ia ibarat dipersimpangan, antara hidup dan mati, kesakitan ketika bersalin diibaratkan kesakitan kedua selepas kesakitan izrail datang mencabut nyawa...

Tak terpalitkah sedikit rasa kasih sayang dalam diri si ibu yang membuang bayi mereka?? Bayi yang mereka kandung 9 bulan hanya dicampak tanpa rasa belas, hanya untuk menutup keaiban diri.. tak terasakah ngilu mencampakkan anak yang dikandungkan walaupun ianya hadir kerana kejahilan diri??? Tak tersentuhkan hati kecil seorang wanita melihat anak yang membesar dalam rahim mereka, menangis, menjerit kerana dicampakkan jauh daripada melihat dunia?? Bebaskah fikiran mereka apabila mendapat berita anak yang dibuang mati dilapah binatang liar?? Berulat?? Penuh dengan gigitan serangga?? Lapangkah mereka bila mendapat tahu anak hasil hubungan haram mati dalam kesakitan?? Mayat anak buangan mereput tanpa ada pembelaan?? Tanpa urusan jenazah, dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikuburkan jika benar-benar ‘anak buangan’ tak diberi kesempatan untuk hidup?? Tapi ‘anak buangan’ ini meninggalkan dunia ini dengan penuh kesensaraan walaupun anak ini masih tak mengenal dosa pahala, anak ini masih lagi seperti ‘kain putih’ anak ini masih lagi suci dari noda dan dosa… hukuman anak ini terlalu kejam.. anak buangan lahir kerana perbuatan manusia yang tak menggunakan akal yang waras untuk berfikir.. Hidup hanya untuk keseronokan dunia.. hidup dalam dunia kealphaan…

Cuba bayangkan, jika ditakhdirkan TUHAN bayi tersebut boleh berkata-kata?? Atas kehendak TUHAN, bayi tersebut merintih kesakitan..



“mama, tolong, adik takut ma, tempat nie gelap ma.. ma, kanapa mama tinggalkan adik dekat sini ma, apa salah adik ma?? Cacatkah adik ma? Tolong ma, adik tak mintak apa-apa dari mama, adik tak mahu tilam-tilam empuk yang mengalas tubuh adik, cukuplah tangan mama yang memeluk adik daripada kesejukan ma,. Mama adik takut, tempat apa nie ma?? Adik nak duduk dengan mama, dengan papa, mana papa ma?? Kenapa adik duduk tempat macam nie mama?? Ma kenapa mama tak peluk adik, cium adik, mandikan adik?? Jijik ke mama pada adik?? Kenapa ma?? Adik tak salah, mama, adik haus mama, adik nak susu ma, adik lapar sangat, lapar mama,, mama!! Jangan tinggalkan adik ma.. mama. Kenapa kawan-kawan adik semua gigit adik ma, adik sakit ma, tolong ma. Pangku adik ma, adik nak melihat dunia ma, adik nak mama dengan papa cium adik.. adik nak bersama-sama orang-orang yang adik sayang... ma….ma..ma.. adik dah penat ma.. penat sangat.. kawan adik dekat sini jahat..dia gigit adik. Ma datanglah ma..adik sakit, adik penat, adik nak mama.. mana mama pergi ma, mama.. mata adik dah berat sangat, tbuh adik dah sakit ma.... ma.ma..ma... maafkan adik kalau kelahiran adik menyusahkan hidup mama. Adik tak bermaksudkan sedemikian.. adik sayang mama..walaupun sepanjang adik dalam kandungan mama bagi makanan yang tak sihat, mama, siapa papa adik sebenarnya?? Kenapa papa tak jenguk adik..ma.. ma...ma.. tubuh adik dah sejuk sangat, adik pergi dulu mama.. maafkan adik mama.. mama, adik sayang mama, adik sayang papa....terima kasih ma, sebab adik dapat tengok alam nie walaupun sekejap.. adik mampu tersenyum lagi sebab adik sempat tengok mama.. mama.. kalau adik pergi, kuburkan adik baik-baik.. adik sayang mama.. mama pun sayang adikkan.. selamat tinggal ma.adik penat...ma..ma....ma..........”

“mama.. panas ma.. kenapa ada api dekat adik mama, kenapa mama bakar adik.. mama!!! Panas.. tolong mama.. kulit adik dah terbakar ma!!!tolong!! adik sakit mama.. adik tak mintak apa-apa.. adik Cuma nak mama.. adik nak mama... tapi kenapa mama bakar adik ma, kenapa ma?? Adik sakit ma... ma.....panas ma...panas....”

“terima kasih ma.. adik dapat lihat dunia..tapi kenapa tak ada orang yang sambut adik ma?? Kenapa mama sorang-sorang?? Mana papa?? Datuk?? Nenek?? Diorang tak gembira ke tengok adik.. mama, kenapa mama senyap?? Mama??.. kita nak kemana ni mama?? Kenapa mama tak lahirkan adik di tempat kawan-kawan adik lahir?? Kenapa tempat adik lahir ni gelap ma.. mama?? Mama!!!! Jangan tinggalkan adik dekat sini ma!! Rumah sapa ni mama, bukan rumah kita ni mama, adik nak balik, adik nak papa azankan adik.. adik nak jumpa datuk, nenek.. mama.... mama nak pergi mana tu.. bawa adik sekali mama.. adik tak nak duduk sini... tempat nie gelap ma...mama!!! sakit!!! Kenapa mama biarkan diorang gigit adik, sakit ma,,, adik nak mama dukung adik, bawak adik pulang ma... mama, patah balik ma, ambil adik, adik janji tak kan menyusahkan mama.. adik janji ma..adik janji...ma..ma....maaa.....”

Tapi bayangan sebegini tak akan muncul dalam benak mereka yang tak berhati perut.. bayangkan anda berada di tempat ‘anak buangan sebegini’ perit untuk menunggu maut, memekik, melolong kesakitan, tanpa dapat meminta tolong.. jeritan yang tiada kesudahan… kalau binatang mampu menyayangi anak mereka, manusiakah kita yang sanggup membuang bayi???

Jumaat, 27 Mei 2011

gelap...

GELAP ITU ADA LIMA PERKARA . GELAP HARI KERANA MALAM ;
GELAP MATA KERANA BUTA ; GELAP OTAK KERANA TIDAK
BERILMU ; GELAP HATI KERANA TIDAK BERAGAMA ; DAN GELAP
KEHIDUPAN KERANA LEMAH EKONOMI

Aku sendiri keliru dengan apa yang aku rasa…

Kadang-kadang aku rasa, aku manusia yang paling bahagia, kadang-kadang manusia yang paling tak bertuah dan malang… aku bukan tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan-NYA kepada aku.. tapi, aku juga munusia biasa yang mahukann kesempurnaan, walhal aku mengetahui, tiada yang sempurna dalam hidup ni.
Aku berasa tidak bertuah dalam hidup ku, tapi hakikatnya, ramai lagi manusia-manusia diluar sana yang dilanda malang, kusut dan huru-hara dalam hidup mereka. Aku berasa aku selalu dipinggirkan, walhal, hakikatnya, ramai orang disekelilingku menyayangiku..
Aku mengejar pelangi dikaki bukit, walaupun kakiku tersadung di akar kayu, aku tetap bangun untuk menggapai pelangi, walaupun aku tahu, cahaya cantik itu hanya untuk sementara, hanya biasan daripada hujan yang turun..
Aku ingin terbang seperti burung.. niatku, untuk berasa kebebasan yang hakiki, untuk tidak dirantai kebebasan yang bakal aku nikmati, tapi.. dalam diam aku akur, burung juga tidak bebas berterbangan diudara, kerana nyawanya dihujung senapang yng menggila..adakalanya burung takut untuk terbang, kerna akur dengar kegilaan manusia yang sering memburu spesisnya…
Aku sering mengharapkan sesuatu yang kdangkala tak tercapai akal. Logiknya, aku berfikirkan yang terlampau, angan-angan ku terlalu tinggi, hingga kadang-kadang aku bersa seakan-akan tidak mahu bangun dari angan-anganku untuk menghadapi reality..
Aku ingin menjadi orang yang terkenal. Hanya semata-mata, setiap kali aku melangkah, pandangan mata terarah kepadaku.. aku ingin mencuba kenikmatan digilai dan disnjung oleh manusia-manusia… tapi akalku menidakkan niat buruk ku itu, biarlah keserhanaan dalam hidup…
AKAL, HATI seringkali berperang untuk menentukan hala tujulu.. kadang-kadang HATI yang menang, AKAL sering kali terhumban kebawah… alangkah indahnya, jika AKAL, HATI bersatu memimpin manusia kerdil ini.. tentu hidupku lebih terarah dan bermatlamat..
Seringkali manusia kerdil ini bersikap, ‘hangat-hangat tahi ayam’… sikap yang sangat jelik.. ketika menyaksikan kejayaan daripada manusia lain, aku pun ingin melakukan usaha yang luar biasa, tapi itu Cuma niat sesaat, akhirnya, manusia kerdil ini terawang-awang tanpa berusaha hanya berserah…
Aku seru hati yang kerdil ini, agar sentiasa bertunjangkan akal.. tapi kerana jiwa ku yang bergolak, seringkali aku menjadi seperti daun yang kekeringan yang berterbngan ditiup angin tanpa adanya arah tujuan… pelbagai soalan yang bermain dibenakku, kenapa, bagaimana, siapa, dimana, apa, yang menjadikan aku begini…dan akhirnya, jawapannya hanya satu.. iaitu AKU!!!

Isnin, 16 Mei 2011

HARI GURU

terima kasih buat semua insan yang bergelar guru...
khidmat bakti anda satu pengorbanan, walau berjuta ucapan terima kasih ditujukan, tiada yang mampu membalasnya,
pada diri anak muridmu, kadang-kadang kau dianggap ibu dan bapa,
kadang-kadang dianggap kawan, kadang-kadang kau dianggap hanya seorang insan yang berdiri di hadapan mereka hanya untuk menunaikan amnah, dan kalian juga tidak terlepas dianggap sebagai musuh.
tapi, ketahuilah, apabila muridmu meninggalkan alam persekolahan, mereka akan rindu akan semua kenangan mereka bersamamu...
SELAMAT HARI GURU
"GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA".