BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 31 Mac 2012

butakah aku???

bisakah perasaan itu berubah??
terasa diri ini dekat, rapat, akrab dengan bayangan kasih, terasa berkongsi segala-galanya. namun, setiap kali berbicara dengan dunia, aku sendiri terasa asing, rupa-rupanya banyak yang belum kuketahui, terasa tiada rahsia, tapi semakin lama semakin jauh terasing..
mungkin penerimaanku dulu hanya berlandaskan perasaan ingin tahu, tanapa aku selidiki kalbu hatiku ini. tapi jauh di ceru hati, sayang ini tidak terperi, inginku luahkan tetapi aku terasa asing...
dalam kotak maya solah-olah, ini bayanganku, terasa seolah-olah bersatu, tetapi bila bertamu di ruang realiti, langsung jauh dari pa yang dibyangkan. serasa seantero manusia yang berada disekeliling ketahui bahawa aku asing dibuminya. padahal saban saat, khabar bicara menghiasi ruang maya. seolah-olah aku mengkaji dan mempelajarinya, tapi setiap kali berdepan dengan realiti ianya kaku tidak bernafas. 
butakah aku untuk menilainya??? ya, aku jahil, aku tidak mampu mengungkapkan secebisan rasa yang dilemparkan. layangan kasihnya ku sambut indah, tapi serasa layangannya hanya untuk rahsia di kamar yang sunyi, tidak boleh dikongsi, tidak boleh dikhabarkan. atau ianya hanya layangan mengisi kekosongan jiwa?? dan bila ada sang samudera yang indah aku akan dilemparkan terus ke jalanan. janji sebuah keindahan hanya sebuah kepalsuaan, atau sambutn ku hanya layak dimuatkan di dalam maya, bukan berdepan realiti. kadangkla, aku terasa ingin meninggalkan mimpi indah ini, tapi aku tidak boleh menipu kotak hatiku, aku yang menyulam angan-angan, hingga ia terpintal, tersimpul rapi, mampukah aku meleraikannya?? mungkin bagi mimpiku ini, ianya sebuah fantasi yang tidak bisa dimeterai. hanya janji sebuah impian yang asih mentah, dan bila tiba masnya ia berlalu pergi membakar musnah segala kedaifan diri.
mungkin ini cuma perasaan jahatku, atau mungkin ianya keegoan yang mula tinggi memuncak, atau kerana aku sudah penat untuk duduk menyulam angan ini???
tapi jika benar kotak hati ini sudah penat, jika benar iaya hanya hasutan jahat, mengapa terasa seolah-olah aku berada dibumi asing...
mungkin aku tidak bisa untuk meleraikannya, tapi kotak hati ini masih menginginkannya. masih mendambakan keakraban bak ombak menghempas pantai. mungkin masa menentukannya...
kata orang, jambatan yang aku titi masi jauh, biarpun aku sudah penat mengeluh, sudah penat meniti titian kalbu, tapi itulah kenyataan, aku masih jauh terkebelakang.
tapi, sewaktu aku ditinggalkan kesepian aku mendambakan sebuah impian yang takkan terlerai, bisakah jambatan yang ku titi ini terus terpimpin tanpa ada runtuhan. mampukah keutuhannya mengajar dan mendidikku mengenal apa yang terbalut dikotak hati ini. ya, aku masih naif mengenal dunia, aku masih buta untuk berjalan di lorong yang gelap...
atau ianya hanya sebuah igauan yang cuba menghalau ianya terus bercambah, atau ia bukan ditakdirkan untuk diriku??? tapi, dengan nama yang aku junjung, aku berdiri menjungjung kasih, aku ingin terus menyemai sehingga aku bisa mengutip hasilnya. mungkin disaat ini, jambatan yang kulalui ini mula merapuh, aku akan cuba menyelinap tanpa ada sebarang retkan dijiwa, akan kubalut luka yang aku hiris diatasnya, mampukah ku menghiasi jmbatan yang aku titi ini sedangkan aku masih buta untuk mewarnainya???

Khamis, 29 Mac 2012

LELAKI

lelaki ini hadir menemani setiap saat masa yang berlalu dalam hidupku, setiap helaian nafasku seakan2 dapat dibacanya, tanpa lelaki ini aku seolah-olah hilang kenikmatan, kebahagian dalam hidupku.
aku sering memohon, andai ditakdirkan nyawa antara kami perlu dipisahkan dari jasad, aku memohon, biarlah aku dijemput ILAHI sebelumya, kerna, serasa aku tidak mampu untuk terus menongkah arus tanpa kehadirannya, terasa kelam duniaku tanpa butir bicara darinya.
mungkin bila aku mengungkapkannya, ramai yang mengata, ianya hanya kepalsuan, ianya hanya sementara, sementara aku masih dibawah lembayungnya, tapi aku tekad, selagi aku masih bernyawa, selagi degup nafasku tidak berhenti, aku tidak akan memisahkan pimpinan tangannya, biarpun nanti aku ditakdirkan hidup dengan segala kenikmatan dunia, tapi tangan kudusnya akan tetap kugapai...
mungkin aku tidak mengerti pengorbanannya, mungkin aku masih jahil membicarakan setiap kasih sayangnya. aku tidak mampu mengungkapkannya walau sepatah kata. aku tidak menyesal andai aku tidak ada sebarang kemewahan lain, asalkan aku tidak kehilangan dirinya dalam hidupku.
lelaki ini terlalu memahami diri kerdil ini, terasa seolah-olah, setiap helaian nafasku bertaut di mindanya, riak wajahku yang sering tak menentu dapat dirungkaikan olehnya. emosiku ditangganinya seolah-olah aku masih bayi baginya.
aku nampak raut wajah kepenatannya demi mencari rezeki, tapi seungkap keluhan tidak pernah kedengaran. baru sahaja badannya meminta rehat, pantas sahaja bangkit melunaskan apa yang direncanakan.
terasa 24 jam masa yang diberikan terkejar-kejar olehnya. aku nampak raut wajahnya keletihan tapi masih terseyum sewaktu matanya dan mataku bertentangan, seolah-olah dialah manusia paling bahagia di dunia...
lelaki ini, biar pun cuba menyembunyikan resah, masih terasa kawalan emosinya,setiap umurku menginjak, makin kuat debarannya. mungkin dengan segala perkara yang dipaparkan di dunia ini membuatkan dia masih memimpinku takut aku sesat dilorong yang salah. takut aku terikut-ikut dengan budaya yang bisa mengoncang keimanan manusia. sesaat kadangkala aku terasa terkongkong, tapi aku sebenarnya bahagia, aku bahagia dilindungi sedemikian rupa, seolah-olah, namanya, tangannya, wajahnya benteng untuk segala-galanya.makin aku menginjak usia makin kuat benteng yang dibina, dan aku tidak akan sesekali akan merobohkannya, biarpun orang menganggap diriku tidak bebas. buat apa bebas seperti burung di awangan, bila akhirnya jatuh kebawah, dan mati dihujung senapang?? kenapa ingin bebas seperti ikan dilautan, andai mati di jaringan?? kenapa ingin bebas seperti senjata yang memuntahkan peluru tanpa halangan, andai ianya tak berguna apabila kosong tanpa peluru?? ya, dunia aku sudah lengkap dengan kehadiran dirinya. biar aku seorang wanita yang lemah, asalkan aku ada benteng yang menguatkan diriku. biar aku mnusia yang kerdil, asal lembayungku sesuatu yang terbaik dalam hidupku. biar beribu kali aku melakukan kekhilafan, asalkan lelaki ini tidak akan berhenti dan setia disisiku. AYAH, bicara anakmu ini bukan satu pembohongan, ianya satu realiti. datanglah berjuta-juta lelaki, kau tetap dihati, dan tiada siapa berhak menukarkannya. ayah, andai aku dibenci dipulau kerana aku mengagungkan mu, aku rela membalas balik kebencian mereka, biar aku tidak berteman, biar aku tidak disanjung. asalkan kau terus menjadi raja dihatiku dunia dan akhirat. andai nanti, aku melupakanmu, aku rela dihina dan dicaci, dikecam kerana melupakanmu. andai aku ditarik ingatan, aku harap, kau masih segar di ingatanku..AYAH nafasmu dan nafasku solah-olah bersatu, dan biarkan ianya begitu selamanya...

bertamu di ruangan sepi

Rabu, 28 Mac 2012

Siapa Dihati Mu (Rahmat)

Sabtu, 14 Januari 2012

Lelaki yg merajai hatiku hingga hembusan nafas terakhirku. .

Lelaki ini hdir menuaikn kasihny yg suci,tulus kpdku, keringt yg mmbelai wajahmu, lelah n sakitmu umpma madu dlm hdupmu, tenaga kau kerah hingga kdangkala kau xterdaya mnd0ngak ke lngt. karenahku kau jinakkn dgn kematangnmu, kau belaiku. terasa denyutn nadi kita seperti brsatu, setiap resahku kau mngerti,aku bangga dgn lelaki ini, biar apa yg dperktakan, aku tetap brdiri teguh dsisinya. Terasa hatinya brmakna hatiku turut trluka. Kerna lelaki ini, biarpn kapan ada adiwira dlm hdupku, kau tetp tratas. AYAH

lafazkannya...

Jumaat, 13 Januari 2012

kemaafan dendam terindah

maaf. maaf. maaf
mungkin dulu aku anggap ungkapan ini boleh meniti dibibir sesiapa sahaja, tak mengira sebab, dan akibat, tak bernilai dan berharga.. tapi semakin aku meningkat dewasa, aku mulai mengerti erti kemaafan, betapa kemaafan memerlukan ketulusan dalam mengungkapkannya, ya, memang senang menungkapkannya, tetapi mereka yang menerima bisa menilai ketulusan ungkapan itu..
mungkin aku ego, tetapi aku sedar betapa sebuah kemaafan yang tulus dan suci sukar untuk diungkapkan, mungkin memakan masa yang lama, atau diri terketar-ketar untuk melafaskannya. mungkin perlu bermonolog untuk mengungkapkan kemaafan agar tidak disalah tafsirkan.
menerima kemaafan juga bukan mudah. apatah lagi, kemaafan itu diberi unuk membalut luka dihati, atau untuk menggantikan sesuatu yang berharga.. seseuatu yang pasti, ada kemaafan yang sukar diterima...
manusia menanggap kemaafan itu sesuatu yang biasa, tidak pernah berfikir dan menilai erti sebenar..
kemaafan bagiku kini sesuatu dendam indah ynag terlerai.. pabila kemaafan terungkap, aku berasa seolah-olah seantero dunia memalitkan ciuman kebahagian kepadaku. mungkin, dalam stiuasi biasa kemaafan bersifat biasa, tetapi kemaafan bisa menjadi sesuatu yang luar biasa apatah lagi melibatkan emosi kotak hati yang paling dalam. mungkin maaf boleh diterima, tetapi adakah ianya mampu melenyapkan kekhilafan...
sesuatu yang pasti...berilah kemaafan dan terima lah kemaafan dengan hati nurani, kerna tiada yang sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan kekilafan... buat sekian kalinya, aku memohon kemaafan kepada seantero dunia yang mungkin kekhilafan yang aku lakukan hanya sekelumit cuma, tetapi cukup menguriskan hati...mungkin sukar untukku menerima kemaafan dan begitu juga kalian, tetapi kemaafan itu dendam yang terindah dan penuh kenikmatan.. ungkaplah kemaafan dengan hatimu yang paling dalam walaupun salahmu bisa dihapuskan dengan senyuman...

my hero

Mohd Muslim Ahmad
Mohd Muslim Ahmad.png
Personal information
Full name Mohd Muslim Ahmad
Date of birth April 25, 1989 (age 22)
Place of birth Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Height 1.82 m (5 ft 11 12 in)
Playing position Centre back & Striker
Club information
Current club Terengganu FA
Youth career
2006-2007 Terengganu President Cup
Senior career*
Years Team Apps (Gls)
2007-2009 Harimau Muda

2010-2011 Harimau Muda A

2012- Terengganu FA

National team
2008-present Malaysia Malaysia U-21 19 (1)
2009-present Malaysia Malaysia U-23 7 (0)
2009-present Malaysia Malaysia 19 (0)
* Senior club appearances and goals counted for the domestic league only.
† Appearances (Goals).
‡ National team caps and goals correct as of October 7, 2011
Mohd Muslim Ahmad (born 25 April 1989, in Kuala Terengganu, Terengganu), is a Malaysian footballer who currently plays for Terengganu FA as a Defender.
Muslim memulakan kerjayanya dengan bermain untuk Harimau Muda A. Beliau adalah panglima Harimau Muda A. Mohd Muslim Ahmad adalah pemain bola sepak kebangsaan Malaysia. Beliau telah bermain untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, dan pada musim panas 2009, dia bermain dua kali menentang Manchester United dalam lawatan pra musim mereka di Timur Jauh.

Islam dan lain-lain 25 pemain yang bermain untuk Harimau Muda A telah dipilih untuk menyertai kem latihan di Slovakia. Sepanjang masa dalam kem latihan, Muslim dan rakan sepasukannya, Gary Steven Robbat diberi percubaan dari Slovakian pasukan FC ViOn Zlaté Moravce pada 30 Mac. FC ViOn Zlaté Moravce Jurulatih Ľubomír Moravčík Dijanjikan Muslim dan Gary kontrak profesional untuk musim depan 2010-2011. Tetapi malangnya, FC ViOn Zlaté Moravce kehilangan kepentingan dalam Islam dan Gary disebabkan oleh masalah dalaman kelab.

Pada bulan November 2010, Muslim telah dipanggil ke skuad kebangsaan Malaysia oleh jurulatih K. Rajagopal untuk AFF Suzuki Cup 2010. Malaysia memenangi tajuk 2010 AFF Suzuki Cup buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Beliau mengikut Arsene Wenger dan Alex Ferguson mempunyai "stength mental yang hebat" dan penuh pujian untuk Muslim.Along berusia 22 tahun dengan Mohd Fadhli Mohd Shas, beliau telah disebut-sebut sebagai belakang pusat terbaik muda di negara pada masa ini.

MIGRAIN????

Migrain

Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain.

Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius. Migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain.

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.

Serangan migrain

Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala. Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari.

Apakah gejala migrain?

Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak.

Gejala lain migrain

Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.

Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.

Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.

Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.

Badan berpeluh.

Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.

Kepala terasa pening.

Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.

Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.

Apakah pemeriksaan yang dilakukan?

Tiada ujian khusus bagi mengesan migrain. Pakar perubatan akan bertanya mengenai sejarah kesakitan yang dialami pesakit dan imbasan otak hanya dilakukan apabila pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda menghidap migrain. Antara faktor yang memungkinkan imbasan otak dijalankan adalah lumpuh separuh badan lebih daripada seminggu, sakit kepala berterusan lebih daripada tiga hari dan bengkak urat saraf.

Apakah rawatan bagi penyakit migrain?

Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID).

Sekiranya kesakitan masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan tindak balas positif pada ubat itu. Bagi pesakit yang sering muntah, mereka diberikan ubat Ergotamine yang perlu dimakan sama ada ditelan ataupun dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.

hentam dari hati yang mengantuk daa...

aku haya pemuja bunga di taman larangan, didekati dihukum, disentuh dipancung..
aku tidak bisa melihat walau sepintas kewujudan bunga di taman larangan, aku hanya mampu mencium haruman yang dibaa oleh hembusan angin.
dari haruman itu, aku pintal angan-angan agar ia setinggi gunung, yang mungkin ku daki dan bisa memandangmu dari atas, mungin jauh, tapi cukup untukku...
kalau tidak, mungkin aku bisa merobohkan enau yang memagaimu, agar aku tidak terkena duri disaat aku mendekatimu, ungkin bisa, tapi aku tidak sanggup merobohkan kesempurnaanmu, biarpun ianya hanya hiasan cuma..
mereka yang memujamu sering mengatakan kau bukan seperti bunga biasa, punya egomu tersendiri punya batas yang menyekat haluanmu, punya penjaga yang memerhati gerak tarimu...
lantas aku terfikir, tidak bsan kah kau wahai bunga, sunyi tanpa kawan, keseorangan tanpa teman?? ya, kau dijaga dengan rapi, tapi kemana kenikmatan hidupmu??
mungkin aku pengemismu bunga, tapi aku pasti, aku adalah manusia kayangan yang akan mengeretmu mengenali dunia, yang akan membuatkan kau keluar dari kepompong hidupmu yang sadis...
pujangga bermadah, bunga mengharapkan kumbang, tapi aku bukan kumbang, dan kau bukn bunga sebegitu, kau bunga ditaman larangan, dan aku manusia kerdil yang ingin berkongsi rasa denganmu...
mungkin tiada yang mengerti, tapi ianya sesuatu yang benar, aku mencari sesuatu yang tak pasti, aku mencari sesuatu yang kabur... aku bukan bermadah tentang si bunga-si kumbang, tetapi aku mencari sesutu yang mungkin sukar, tetapi bernilai...berbicara tentngnya, aku sering tak sehaluan, tapi aku asyik mematahkan setiap kata-kata pujangga

aku

aku bukan sang penglibur lara yang memperjuangkan kesenian dan kesyahduan dalam pentas dunia mereka
aku bukan sang boneka yang bisa diatur setiap pergerakanku, ke arah mana hala tujuku
aku bukan sang lelayang yang terikat dan ditentukan kebebasanku untuk terbang di awan biru
aku bukan sang penyair yang pandai bermadah kata untuk membeli jiwa sang pencinta keindahan
aku bukan sang burung yang boleh dijinakkan dan dikurung didala sangar mewah
aku bukan sang rembulan yang mendambakan bintang memagari keindahan alam
dan aku bukan sesiapa yang boleh diperkotak-katikkan
aku sememangnya aku, aku dilahirkan kedunia ini sebagai khalifah
mungkin aku tiada ilmu setinggi gunung
mungkin aku tiada pengetahuan sepanjang tembok cina
mungkin aku tidak segagah perwira melontarkan pendapat
mungkin aku tidak sepantas teknologi melakari masa
tapi sesuatu yang pasti disebalik kemungkinan, aku tetap aku...

kudus

andai aku pergi dulu, samapaikan salamku pada angin bayu..
khabarkan pada mereka akan diriku
andai aku pergi dulu
sematkan segala kenangan kita besama
aku mendambakan sebuah kasih sayang sejernih embun pagi, yang jernih menitis diatas rerumput ynag kering,
aku mendambakan kasih setulus sang mentari, menyinar menyuluh seantero alam
aku mendambakan cinta seluas lautan, tiada daratan yang memisahkan, tiada pulau yang menganggu
aku mendambakan sayang umpama mutiara, sukar untuk dicari tetapi sering bersinar dan bernilai...
tetapi, aku hanya sekerdil-kerdil manusia, aku mendambakan segala kesempurnaan, sedangkan aku juga tidak mampu melontarkan kesempurnaan...
aku bukan manusia yang egois, tetapi aku manusia yang kadang-kala terlepas pandang bahawa kesempurnaan yang dicari adalah angan-angan...
terlalu naif kata-kata cinta "DEMI CINTAMU SAYANG, LAUTAN API SANGGUPKU RENANGI" adakah manusia sanggup bekorban, rela dirinya terbakar sebegitu, mungkin ya ada pengorbanan, tetapi akan timbul perasaan jemu untuk mengulit kata-kata tersebut.
terlalu kejam bila dirimu berkta "DEMI CINA INI, AKU SANGGUP KORBANKAN DIRI, JIWA, RAGA, KELUARGA" persetankan semuanya... boohkah mereka untuk menilai harga diri, jiwa, raga, keluraga mereka hanya untuk menukarkan kepada sesuatu yang belum pasti??? jangan menjadi terlalu idengannya. jagan biar jiwa mu terulit dengan kata-kata ynag bisa menelan seluruh batinmu...
aku bukan prejudis, aku bukan pemberontak, tapi aku juga bukan penyokong, tetapi sesuatu yang pasti, CINTA PADA YANG ESA. ya cinta ini jelas, cinta ini benar, cinta ini tulus. jangan mendambakan cinta makhluk dibumi ini melebihi cinta yang ESA... cinta yang kekal, abadi, suci dan murni...
kenikmatan dan kebahagiaan

Ahad, 1 Januari 2012

Hanya Pada-MU

Solat Sunnat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.



Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala



Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun



Rakaat kedua-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”





Doa istikharah



Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:



doa-istikhaerah

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”