BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 27 Mei 2011

Aku sendiri keliru dengan apa yang aku rasa…

Kadang-kadang aku rasa, aku manusia yang paling bahagia, kadang-kadang manusia yang paling tak bertuah dan malang… aku bukan tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan-NYA kepada aku.. tapi, aku juga munusia biasa yang mahukann kesempurnaan, walhal aku mengetahui, tiada yang sempurna dalam hidup ni.
Aku berasa tidak bertuah dalam hidup ku, tapi hakikatnya, ramai lagi manusia-manusia diluar sana yang dilanda malang, kusut dan huru-hara dalam hidup mereka. Aku berasa aku selalu dipinggirkan, walhal, hakikatnya, ramai orang disekelilingku menyayangiku..
Aku mengejar pelangi dikaki bukit, walaupun kakiku tersadung di akar kayu, aku tetap bangun untuk menggapai pelangi, walaupun aku tahu, cahaya cantik itu hanya untuk sementara, hanya biasan daripada hujan yang turun..
Aku ingin terbang seperti burung.. niatku, untuk berasa kebebasan yang hakiki, untuk tidak dirantai kebebasan yang bakal aku nikmati, tapi.. dalam diam aku akur, burung juga tidak bebas berterbangan diudara, kerana nyawanya dihujung senapang yng menggila..adakalanya burung takut untuk terbang, kerna akur dengar kegilaan manusia yang sering memburu spesisnya…
Aku sering mengharapkan sesuatu yang kdangkala tak tercapai akal. Logiknya, aku berfikirkan yang terlampau, angan-angan ku terlalu tinggi, hingga kadang-kadang aku bersa seakan-akan tidak mahu bangun dari angan-anganku untuk menghadapi reality..
Aku ingin menjadi orang yang terkenal. Hanya semata-mata, setiap kali aku melangkah, pandangan mata terarah kepadaku.. aku ingin mencuba kenikmatan digilai dan disnjung oleh manusia-manusia… tapi akalku menidakkan niat buruk ku itu, biarlah keserhanaan dalam hidup…
AKAL, HATI seringkali berperang untuk menentukan hala tujulu.. kadang-kadang HATI yang menang, AKAL sering kali terhumban kebawah… alangkah indahnya, jika AKAL, HATI bersatu memimpin manusia kerdil ini.. tentu hidupku lebih terarah dan bermatlamat..
Seringkali manusia kerdil ini bersikap, ‘hangat-hangat tahi ayam’… sikap yang sangat jelik.. ketika menyaksikan kejayaan daripada manusia lain, aku pun ingin melakukan usaha yang luar biasa, tapi itu Cuma niat sesaat, akhirnya, manusia kerdil ini terawang-awang tanpa berusaha hanya berserah…
Aku seru hati yang kerdil ini, agar sentiasa bertunjangkan akal.. tapi kerana jiwa ku yang bergolak, seringkali aku menjadi seperti daun yang kekeringan yang berterbngan ditiup angin tanpa adanya arah tujuan… pelbagai soalan yang bermain dibenakku, kenapa, bagaimana, siapa, dimana, apa, yang menjadikan aku begini…dan akhirnya, jawapannya hanya satu.. iaitu AKU!!!

0 komentar:

Catat Ulasan