BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 29 Mac 2012

LELAKI

lelaki ini hadir menemani setiap saat masa yang berlalu dalam hidupku, setiap helaian nafasku seakan2 dapat dibacanya, tanpa lelaki ini aku seolah-olah hilang kenikmatan, kebahagian dalam hidupku.
aku sering memohon, andai ditakdirkan nyawa antara kami perlu dipisahkan dari jasad, aku memohon, biarlah aku dijemput ILAHI sebelumya, kerna, serasa aku tidak mampu untuk terus menongkah arus tanpa kehadirannya, terasa kelam duniaku tanpa butir bicara darinya.
mungkin bila aku mengungkapkannya, ramai yang mengata, ianya hanya kepalsuan, ianya hanya sementara, sementara aku masih dibawah lembayungnya, tapi aku tekad, selagi aku masih bernyawa, selagi degup nafasku tidak berhenti, aku tidak akan memisahkan pimpinan tangannya, biarpun nanti aku ditakdirkan hidup dengan segala kenikmatan dunia, tapi tangan kudusnya akan tetap kugapai...
mungkin aku tidak mengerti pengorbanannya, mungkin aku masih jahil membicarakan setiap kasih sayangnya. aku tidak mampu mengungkapkannya walau sepatah kata. aku tidak menyesal andai aku tidak ada sebarang kemewahan lain, asalkan aku tidak kehilangan dirinya dalam hidupku.
lelaki ini terlalu memahami diri kerdil ini, terasa seolah-olah, setiap helaian nafasku bertaut di mindanya, riak wajahku yang sering tak menentu dapat dirungkaikan olehnya. emosiku ditangganinya seolah-olah aku masih bayi baginya.
aku nampak raut wajah kepenatannya demi mencari rezeki, tapi seungkap keluhan tidak pernah kedengaran. baru sahaja badannya meminta rehat, pantas sahaja bangkit melunaskan apa yang direncanakan.
terasa 24 jam masa yang diberikan terkejar-kejar olehnya. aku nampak raut wajahnya keletihan tapi masih terseyum sewaktu matanya dan mataku bertentangan, seolah-olah dialah manusia paling bahagia di dunia...
lelaki ini, biar pun cuba menyembunyikan resah, masih terasa kawalan emosinya,setiap umurku menginjak, makin kuat debarannya. mungkin dengan segala perkara yang dipaparkan di dunia ini membuatkan dia masih memimpinku takut aku sesat dilorong yang salah. takut aku terikut-ikut dengan budaya yang bisa mengoncang keimanan manusia. sesaat kadangkala aku terasa terkongkong, tapi aku sebenarnya bahagia, aku bahagia dilindungi sedemikian rupa, seolah-olah, namanya, tangannya, wajahnya benteng untuk segala-galanya.makin aku menginjak usia makin kuat benteng yang dibina, dan aku tidak akan sesekali akan merobohkannya, biarpun orang menganggap diriku tidak bebas. buat apa bebas seperti burung di awangan, bila akhirnya jatuh kebawah, dan mati dihujung senapang?? kenapa ingin bebas seperti ikan dilautan, andai mati di jaringan?? kenapa ingin bebas seperti senjata yang memuntahkan peluru tanpa halangan, andai ianya tak berguna apabila kosong tanpa peluru?? ya, dunia aku sudah lengkap dengan kehadiran dirinya. biar aku seorang wanita yang lemah, asalkan aku ada benteng yang menguatkan diriku. biar aku mnusia yang kerdil, asal lembayungku sesuatu yang terbaik dalam hidupku. biar beribu kali aku melakukan kekhilafan, asalkan lelaki ini tidak akan berhenti dan setia disisiku. AYAH, bicara anakmu ini bukan satu pembohongan, ianya satu realiti. datanglah berjuta-juta lelaki, kau tetap dihati, dan tiada siapa berhak menukarkannya. ayah, andai aku dibenci dipulau kerana aku mengagungkan mu, aku rela membalas balik kebencian mereka, biar aku tidak berteman, biar aku tidak disanjung. asalkan kau terus menjadi raja dihatiku dunia dan akhirat. andai nanti, aku melupakanmu, aku rela dihina dan dicaci, dikecam kerana melupakanmu. andai aku ditarik ingatan, aku harap, kau masih segar di ingatanku..AYAH nafasmu dan nafasku solah-olah bersatu, dan biarkan ianya begitu selamanya...

2 komentar:

amrqhadijah berkata...

menaip lagi masa mata dah mengantuk, ejaan dah jadi tunggang langgang...

amrqhadijah berkata...

menaip lagi masa mata dah mengantuk, ejaan dah jadi tunggang langgang...

Catat Ulasan